Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kumpulan Pertama Jenazah 20 Mangsa Tragedi MH17 Tiba Di Tanah Air

kumpulan pertama

KUALA LUMPUR– Pesawat khas Malaysia Airlines yang membawa 20 jenazah rakyat Malaysia mangsa tragedi MH17, mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA), Sepang pukul 9.54 pagi ini.

Pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Schiphol Amsterdam pukul 9.40 malam tadi untuk penerbangan selama 12 jam ke Kuala Lumpur, membawa kumpulan pertama jenazah dalam 17 keranda dan tiga dalam kendi berisi abu mayat.

Empat puluh tiga rakyat Malaysia terkorban dalam tragedi pesawat MH17 yang ditembak jatuh di ruang angkasa Ukraine pada 17 Julai lepas.

Pesawat khas yang membawa kesemua jenazah itu kemudiannya berhenti di hadapan Kompleks Bunga Raya, KLIA untuk memulakan istiadat penghormatan jenazah ke atas 11 penumpang dan sembilan anak kapal MH17.

Penerbangan MH6129 dikendalikan oleh Ketua Juruterbang Malaysia Airlines (MAS) Datuk Kapten Misman Leham, diiringi Kapten Bakri Othman, Kapten Zaim Khalid dan Pegawai Pertama Yap Yoon Kong.

Malaysia berkabung selama sehari pada Jumaat bagi memberi penghormatan kepada mangsa tragedi MH17.

Komen


Berita Berkaitan