Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kumpulan menggatal tumpas

kumpulan menggatal

 

KOTA KINABALU: Polis tumpaskan geng pecah rumah serta curi kenderaan dikenali sebagai ‘Kumpulan Menggatal’ dan berjaya merampas beberapa barangan termasuk kereta mewah bernilai RM670,000.

Ketua Polis Kota Kinabalu Asisten Komisioner Jauteh Dikun berkata, kesemua suspek iaitu empat lelaki tempatan berusia 23 hingga 30 tahun ditahan dalam dua serbuan berasingan di Sepanggar serta Inanam pada 8 dan 9 Julai lalu.

Dalam pada itu, polis juga percaya telah menahan dalang kepada kumpulan terbabit yang berusia 23 tahun dalam tangkapan-tangkapan berkenaan.

Menurut beliau, gelaran Kumpulan Menggatal itu adalah berdasarkan lokasi keempat-empat suspek yang menetap di kawasan berkenaan serta penemuan barangan rampasan di situ.

“Kumpulan ini dipercayai terlibat dalam enam kes pecah rumah dan curi kenderaan di sekitar Kota Kinabalu termasuklah Pekan Lido, Asia City, Api-Api, Taman Inanam Laut serta Jalan Kolam Minintod.

“Antara barangan yang kita berjaya temui semula sejurus tangkapan ke atas suspek adalah kenderaan mewah seperti Land Cruiser, Honda CRV, Toyota Vios serta Hilux selain barangan kemas dan lain-lain yang bernilai RM670,000.

“Kita juga percaya kumpulan berkenaan dipercayai terlibat dalam aktiviti menjual kenderaan curi berdasarkan penemuan nombor plat kenderaan serta cukai jalan palsu semasa rampasan di rumah suspek di Menggatal,” katanya dalam sidang media di sini kelmarin.

Jauteh berkata, berdasarkan maklumat awal, modus operandi Kumpulan Menggatal adalah memecah masuk rumah mangsa sebelum melarikan kenderaan mereka.

“Difahamkan kumpulan ini bergerak aktif antara 4 Jun dan awal Julai lepas. Bertindak atas maklumat serta risikan, kita akhirnya berjaya memberkas keempat-empat suspek serta menemui sebahagian barangan yang dicuri.

“Dengan tangkapan itu juga, polis percaya telah berjaya menyelesaikan keenam-enam kes yang dipercayai dilakukan oleh kumpulan terbabit,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 457/379 A Kanun Keseksaan. -PHOTO BY- UtusanBorneo

Komen


Berita Berkaitan