Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kumpulan kedua mangsa nahas MH17 tiba

jenazah kedua

Sepang: Pesawat MAS penerbangan MH19 yang membawa kumpulan kedua jenazah tragedi MH17 tiba hadapan Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 8.30 pagi ini.

Seramai 190 anggota Briged ke-12 Infrantri Malaysia terbabit dalam Istiadat Penghormatan Jenazah MH17 kumpulan kedua di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai hadir pada istiadat penerimaan jenazah Ketua Pramugara Mohd Ghafar Abu Bakar dan abu mayat penumpang Ng Shi Ing yang juga pensyarah Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Komen


Berita Berkaitan