Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kumpulan culik warga Indonesia minta wang tebusan

5:48pm 12/07/2016 Pak Roshan 2365 views Isu Semasa,Mutakhir

abu-sayyaf-1

TAWAU: Pejabat Konsulat Republik Indonesia di sini, mengesahkan tiga rakyatnya yang menjadi mangsa culik oleh sekumpulan lelaki bersenjata di perairan Lahad Datu ada menghubungi majikan mereka dan memaklumkan kumpulan berkenaan meminta wang tebusan.

 Kepala Perwakilan, Pejabat Konsulat Republik Indonesia (KRI), di sini, Abdul Fatah Zainal, bagaimanapun berkata, pihaknya belum dapat memperincikan butiran dan kandungan percakapan itu.

Katanya, tiga rakyat Indonesia yang diculik itu ada menghubungi pemilik kapal iaitu majikan mereka dan memaklumkan mereka diculik sekumpulan lelaki bersenjata dari Filipina, selain meminta wang tebusan.

Bagaimanapun, belum dapat dipastikan jumlah wang tebusan yang diminta dan pihaknya kini sedang giat bekerjasama dengan pasukan keselamatan serta pihak berkaitan.

Dalam kejadian pada jam 11.40 malam 9 Julai lalu, tiga mangsa yang juga kru sebuah bot tunda dikenali sebagai Lorens Koren, 34; Teo Dores Kopong, 40; dan Emanuel, 46, diculik sekumpulan lima lelaki bersenjata yang menaiki bot laju di perairan Lahad Datu, berhampiran pesisiran pantai Kampung Sinakut.

Bagaimanapun, empat lagi rakan mereka dibebaskan dan kini berada di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu untuk membantu siasatan. – BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan