Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kumpul tandatangan masyarakat untuk “I Love Mount Kinabalu Sabah”

PicsArt_1435657058640PARA sukarelawan Majlis Perkhidmatan Masyarakat Sabah (MPMS) serta tetamu jemputan khas, masing-masing menandatangani potret Gunung Kinabalu yang dipamerkan di pintu masuk Oceanus Waterfront Mall, Kota Kinabalu sebagai menyokong kempen “I Love Mount Kinabalu Sabah”.

Sukarelawan MPMS kemudian diraikan dalam satu majlis berbuka puasa di Broadwalk yang dianjurkan oleh pusat membeli belah berkenaan sebagai penghargaan terhadap sumbangan membantu mangsa gempa bumi di Ranau.

Antara tetamu kehormat yang hadir, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah Datuk Jainab Ahmad Ayid dan Pengerusi Waterfront Urban Development Sdn Bhd Datuk Ghani Abdul Rashid.

Orang ramai khususnya yang datang berkunjung ke Oceanus Waterfront Mall adalah digalakkan menurun tandatangan mereka di potret berkenaan sebagai tanda sokongan terhadap kempen tersebut.
Foto NUZIR ANDI SAMSIAR /sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan