Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,663

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kukuhkan perpaduan kaum demi kestabilan politik-Musa

6:08pm 06/08/2016 Elezebeth Esther Onjining 31 views Tempatan
Musa (tengah) bersama pemimpin Umno Bahagian dan ahli-ahli parti UMNO melaungkan slogan 'Terus Berjuang' semasa Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian 2016.

Musa (tengah) bersama pemimpin Umno Bahagian dan ahli-ahli parti UMNO melaungkan slogan ‘Terus Berjuang’ semasa Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian 2016.

KOTA KINABALU- Seluruh ahli Umno Bahagian Kota Kinabalu diseru agar sentiasa bekerjasama bagi memastikan perpaduan kaum yang terjalin di negeri ini sentiasa terpelihara demi kestabilan politik di Sabah dan negara Malaysia amnya.

Menurut Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman berkata kesepakatan antara kaum amat penting dalam memastikan kestabilan politik yang wujud di negara ini.

“Jelas ternyata, sekiranya kita mengamalkan sifat perkauman dalam parti kita, sesebuah parti itu tidak akan bertahan lama, sekaligus menyebabkan perpecahan kaum di negara ini,”katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap sempena Mesyuarat Perwakilan Bahagian 2016 di Dewan Masyarakat Kota Kinabalu, disini, hari ini.

Sehubungan itu, katanya, penegasan terhadap sesebuah kaum tidak boleh menjamin masa depan rakyat sesebuah negara.

Justeru itu, beliau menyeru kepada semua ahli agar terus menyokong parti Barisan Nasional (BN) yang terdiri daripada pelbagai suku kaum dan agama.

“Kita perlu memastikan parti BN/UMNO sentiasa kuat dan kukuh… kita mesti menjaga parti kita agar sentiasa dapat mentadbir negeri Sabah khususnya dengan baik,”katanya.

Beliau turut berkata bahawa BN/Umno telah banyak menyumbangkan usaha dan tenaga dalam membangunkan negeri ini.

“Banyak yang telah kita lakukan termasuklah pembangunan infrastruktur, pendidikan, kesihatan, dan keselamatan di negeri ini.

“Hasrat Umno/BN terbukti bahawa kita mahukan kemajuan dan lebih banyak pembangunan di negeri ini,”katanya.

Dalam masa sama, Musa turut mengingatkan kepada ahli Umno agar tidak mudah terpedaya dengan anasir-anasir negatif yang ingin memecahbelahkan parti Umno/BN. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan