Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

KUKUHKAN PERPADUAN ELAKKAN PERSENGKETAAN: Ketua Menteri

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (tiga dari kanan) melakukan ‘flag-off’ Kembara Merdeka Jalur Gemilang bersempena Pelancaran Bulan Kemerdekaan Peringkat Negeri Sabah di Wisma Majlis Daerah Penampang. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

PENAMPANG: Rakyat di negeri ini diingatkan supaya berwaspada dengan ancaman pihak tertentu yang cuba menggunakan isu agama dan perkauman untuk memecahbelahkan dan melemahkan semangat perpaduan di Sabah.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, ancaman tersebut bukan sahaja daripada luar, tetapi kehancuran sesebuah negara itu boleh datang daripada dalaman.

Mohd Shafie bersama Darell menaiki belon udara panas sewaktu Pelancaran Bulan Kemerdekaan Peringkat Negeri Sabah. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

“Kita di Sabah terdiri daripada masyarakat pelbagai kaum dan kita gunakan perbezaan ini untuk mengukuhkan perpaduan, bukan menggunakan agama dan kaum itu untuk memecah belahkan rakyat.

“Bila kita lemah, maka kita tidak mampu membangunkan negara. Harapan orang tua dan orang lama kita bila mencapai kemerdekaan ialah untuk memastikan agar kehidupan mereka jauh lebih baik,” katanya kepada pemberita hari ini.

Konvoi Kembara Jalur Gemilang akan bergerak ke seluruh daerah di Sabah bagi menyemarakkan semangat patriotisme dikalangan rakyat sepanjang bulan kemerdekaan ini. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibarkan Jalur Gemilang Peringkat Negeri Sabah di perkarangan bangunan Majlis Daerah Penampang.

Majlis itu turut dihadiri oleh Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN) Datuk Hashim Paijan; Timbalan Ketua Menteri, Datuk Jaujan Sambakong; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Darell Leiking dan Menteri Pembangunan Infrastruktur Negeri selaku Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah 2018, Datuk Peter Anthony.

Dalam majlis itu, Mohd. Shafie turut melepaskan konvoi sebanyak 32 kenderaan yang menyertai Kembara Jalur Gemilang.

Mohd. Shafie berkata, keunikan Sabah yang mempunyai rakyat pelbagai kaum dan dapat hidup dengan aman dan harmoni selama ini menjadikan negeri itu sebagai contoh terbaik daripada aspek perpaduan di Malaysia.

Bendera Jalur Gemilang. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

Jelas beliau lagi, meskipun terdapat perbezaan budaya yang ketara, namun rakyat Sabah masih mampu berdiri teguh bersama dan menyumbang kepada pembangunan negara.

Mengenai program itu, beliau berharap ia mampu diperluaskan hingga ke luar bandar bagi menyematkan rasa cinta dan bangga yang mendalam rakyat Sabah kepada negara. – SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan