Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kukuhkan perpaduan di bulan Ramadan

SERAH…Sapawi diperhatikan oleh Kamarlin menyerahkan sijil penyertaan Nuzul quran kepada Iman Sarmali Tamin.
SERAH…Sapawi diperhatikan oleh Kamarlin menyerahkan sijil penyertaan Nuzul quran kepada Iman Sarmali Tamin.

BEAUFORT- Bulan Ramadan merupakan waktu yang sesuai bagi umat islam untuk mengukuhkan dan memantapkan persefahaman dan perpaduan.

Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad berkata demikian di masjid Kampung Gadong dan Surau Kampung Selinsing dekat sini bagi menyertai umat Islam pada program ziarah Ramadhan parlimen Sipitang.

“Perpaduan dan persefahaman itu bukan hanya kepada umat Islam tetapi juga kepada mereka yang bukan beragama Islam,” katanya dan menambah perpaduan dan persefahaman itu penting bagi membolehkan rakyat terus menikmati kesejahteraan dan juga keharmonian.

Katanya, kesejahteraan dan keharmonian tidak akan mampu untuk dinikmati jika rakyat tidak mementingkan serta mengutamakan soal perpaduan dan juga persefahaman.

Selain itu Sapawi yang ditemani oleh Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Kamarlin Ombi, Pegawai Pembangunan Masyarakat Lumadan Junli Yusuf, Ketua Penerangan Umno Sipitang Matbali Musah dan Ketua Umno Zon Gadong Marof Jislim

Sapawi meminta umat Islam agar tidak menjadikan sikap enggan untuk bermaafan sebagai amalan kerana ianya boleh menjadi budaya dan diwarisi oleh generasi akan datang.

“Amalkan sikap suka bermaafan dan tiada untungnya untuk kita memanjangkan pertelagahan atau perbalahan,” katanya lagi.- oleh Dewiana Tinggolongon / SayangSabah.

Komen


Berita Berkaitan