Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kuih Raya untuk Pasukan Keselamatan

 Yahya menyerahkan bungkusan kuih muih raya kepada Jalaludin di majlis itu.
Yahya menyerahkan bungkusan kuih muih raya kepada Jalaludin di majlis itu.

PUTATAN: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin telah menyampaikan sumbangan kuih muih Hari Raya kepada pasukan keselamatan dalam kawasan Putatan dan Penampang, hari ini.

Sejumlah 1,000 bungkusan kuih-muih telah diserahkan kepada pasukan tentera Kem Lok Kawi, Polis Daerah Penampang, Balai Polis Putatan dan Pasukan Bomba dan Penyelamat Penampang.

Menurut Yahya, tradisi menyumbang kuih muih menjelang tibanya Hari Raya telah diadakan sejak beliau dipilih sebagai wakil rakyat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Petagas.

“Ini sebagai tanda penghargaan dan terima kasih saya dan rakyat kawasan Petagas dan Putatan terhadap pasukan keselamatan khususnya tentera, polis dan bomba yang telah melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan begitu berkesan dalam menjaga keamanan dan kesejahteraan rakyat”, katanya.

Katanya, rakyat negara ini amat bertuah kerana dapat menyambut pelbagai perayaan dalam suasana aman, damai dan sejahtera dengan adanya pasukan keselamatan yang bertugas setiap masa termasuk ketika perayaan.

Turut hadir di majlis itu ialah Ketua Daerah Putatan, OKK Yunus Ismail, Pegawai Daerah Putatan, Haji Awang Abd.Ghani Pg.Yusof, Panglima 5 Briged Markas Briged Kelima Infrantri Malaysia Kem Lok Kawi, Brig.Jen.Dato’ Haji Jalaluddin Haji Manan, Ketua Polis Daerah Penampang, DSP Rosley Hobden, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Penampang, Mohd.Akramin Sakirun,Ketua Balai Polis Putatan, SM Mohd.Redwan Abdullah dan Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Petagas, Encik Ali Hussin Sharin.-Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan