Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kuih bulan istimewa Promenade

Pengurus Besar Kumpulan Pemasaran dan Jualan Promenade Hotel, Anita Chung (dua dari kiri) bersama Ketua Chef Restauran Dynasty, Arthur Chew Foo Chung (tengah) pada pelancaran variasi kuih bulan sempena Festival Pertengahan Musim Luruh di Hotel Promenade, Kota Kinabalu. Gambar SNT / Mohd Adam Arinin

KOTA KINABALU: Penggemar kuih bulan usah lepaskan peluang untuk menikmati makanan tradisi masyarakat Cina itu yang dibawakan oleh Hotel Promenade Kota Kinabalu sempena Festival Pertengahan Musim Luruh pada tahun ini.

Pengurus Besarnya, Hafizan Wong berkata, seperti tahun sebelum ini hotel berkenaan memperkenalkan pelbagai variasi kuih itu bagi pilihan penggemar yang disediakan oleh Ketua Chef Restauran Dynasty, Arthur Chew Foo Chung.

“Promenade Hotel Kota Kinabalu bangga memperkenalkan sebanyak lapan perisa kuih bulan mini termasuk dua perisa baharu iaitu labu dan yam. Kuih bulan yang dijual di sini adalah ditanggung halal.

Sebanyak 8 jenis kuih bulan termasuk dua perisa baharu iaitu labu dan keladi dihasilkan oleh Restaurant Dynasty Hotel Promenade, Kota Kinabalu. Penggemar kuih bulan sekitar Tawau dan Bintulu juga boleh mendapatkan variasi kuih bulan ini di Hotel Promenade Tawau dan di Bintulu, Sarawak. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

“Ia kurang gula dan bahan pengawet minimum. Selain di Kota Kinabalu, kuih bulan ini juga boleh didapati Hotel Promenade Tawau dan Bintulu,” katanya kepada pemberita hari ini.

 

Pelancaran itu turut hadiri oleh warga emas dari Pusat khidmat Penjagaan Orang Tua (SDCC) Persatuan Kebajikan Balu Kota Kinabalu (KKWWA). – SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan