Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kuda belang mati lemas jatuh tasik

POLIS menarik keluar kuda belang itu dari tasik.
POLIS menarik keluar kuda belang itu dari tasik.

Tokyo: Seekor kuda belang yang terlepas di sebuah padang golf selama beberapa jam mati selepas dikejar sekumpulan orang, termasuk anggota polis, besar kemungkinan kerana ditembak dengan ubat penenang atau lemas selepas jatuh ke dalam tasik.

Menurut polis, kuda jantan berusia dua tahun itu melepaskan diri dari kelab menunggang kuda kelmarin. Ia milik sebuah ladang di wilayah Aichi, tengah Jepun.

Kuda belang itu dilihat berkeliaran di padang golf semalam sebelum dikejar orang ramai, sebahagiannya membawa tali, dalam usaha menangkap haiwan itu.

Ia akhirnya ditembak dengan ubat penenang sebelum ia meluru dan jatuh ke dalam tasik.

Jurucakap polis, Takahiro Taniguchi berkata, usaha menyelamatkan haiwan itu selepas menariknya keluar, gagal.

Walaupun punca kematian haiwan itu tidak jelas, kuda belang berkenaan mungkin mati akibat ubat penenang atau kerana lemas. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan