Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kucing terpanjang di dunia

Melbourne: Seekor kucing yang saiznya tiga kali lebih besar daripada kucing biasa mungkin dinobatkan sebagai kucing terpanjang di dunia.

Kucing dinamakan Omar yang seberat 14 kilogram itu dari baka maine coon menjadi popular di Internet selepas gambarnya disiarkan di akaun Cats of Instagram yang mempunyai lebih 8 juta pengikut.

Selepas gambar Omar tular, pemiliknya Stephy Hirst, dari Melbourne dihubungi Rekod Dunia Guinness yang berkata kucingnya itu mungkin yang terpanjang di dunia.

Susulan itu, Stephy berkata, dia akan menghantar ukuran Omar kepada mereka.

Ketika ini, rekod kucing terpanjang ialah milik seekor lagi maine coon di United Kingdom yang sepanjang 118.33 sentimeter.

Bagaimanapun, Stephy mendakwa panjang Omar ialah 120 sentimeter.

“Selama ini memang kami agak dia mungkin kucing terpanjang di dunia tetapi tidak melakukan apa-apa kerana dia belum cukup dewasa,” katanya.

Dia dan teman lelakinya Rowan memelihara Omar sejak kucing itu kecil lagi.

Omar diberi makan dua senduk biskut pada setiap pagi dan daging kangaru mentah untuk makan malam.

Seperti kucing lain, dia juga kuat tidur.

“Omar tidur di atas sofa kerana dia terlalu besar untuk tidur bersama kami di atas katil,” kata Stephy. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan