Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kucing Misteri Warna Hijau Kini Kembali Ke Asal

kucing

BULGARIA – Seekor kucing yang mencetuskan panik di kalangan penduduk di sebuah kawasan pelancongan yang terkenal, Varna, kerana berwarna hijau, kini sudah kembali kepada warna asal.

Kucing itu telah dibersihkan oleh aktivis pencinta alam, yang berjaya menjejaknya setelah berita mengenai binatang tersebut tersebar luas.

Mereka berbuat demikian kerana tidak senang dengan warna itu yang terus melekat pada kucing tersebut.

Meskipun sudah dibersihkan namun masih terdapat sedikit kesan hijau pada bulunya.

Kucing terbabit menjadi liputan media tahun lepas setelah ia mengejutkan penduduk kerana berwarna hijau. Ia dipercayai menjadi hijau kerana sering tidur di kawasan mengandungi lebihan cat berwarna hijau di sebuah tapak pembinaan.-AP

Komen


Berita Berkaitan