Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kucing gemuk kini ramping

Gambar kiri yang dirakam pada 2012 oleh Perkhidmatan Haiwan Richardson menunjukkan Skinny yang seberat 18.5 kilogram ketika berada di Pusat Penjagaan Haiwan Richardson di Richardson, Texas manakala kanan, gambar terbaru Skinny yang berat badannya kini 8.6 kilogram. - Foto AP
Gambar kiri yang dirakam pada 2012 oleh Perkhidmatan Haiwan Richardson menunjukkan Skinny yang seberat 18.5 kilogram ketika berada di Pusat Penjagaan Haiwan Richardson di Richardson, Texas manakala kanan, gambar terbaru Skinny yang berat badannya kini 8.6 kilogram. – Foto AP

Dallas: Berat badan seekor kucing diberi nama Skinny yang sebelum ini 18.5 kilogram, kini susut separuh selepas menjalani program diet di sebuah klinik haiwan di Dallas.

Dr Brittney Barton di Hospital Haiwan HEAL, berkata dia membela kucing berbulu jingga itu pada 2013 dan berjaya menurunkan berat badannya kepada 8.6 kilogram melalui senaman dan diet khas.

Menurutnya, pada hari biasa kucing itu berada di klinik dan pada hujung minggu bersama Barton dan keluarganya di rumah.

Skinny ditemui terbiar pada 2012 dan dihantar ke pusat penjagaan haiwan sebelum diambil Barton.- myMetro Online

Komen


Berita Berkaitan