Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,652

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kubur dalam rumah

10:11am 29/09/2016 Pak Roshan 1481 views Global
RANGKA manusia yang dipercayai Rajvinder yang ditemui ditanam di dalam rumahnya sendiri. Gambar kecil, Manpreet bersama anaknya. FOTO Cover Asia Press

RANGKA manusia yang dipercayai Rajvinder yang ditemui ditanam di dalam rumahnya sendiri. Gambar kecil, Manpreet bersama anaknya. FOTO Cover Asia Press

Raipur, India: Kerana terlalu miskin seorang wanita di sini terpaksa menanam mayat suaminya di bawah lantai rumahnya akibat tidak mampu membayar kos pengebumian.

Tindakan wanita itu terbongkar selepas polis menemui rangka dipercayai suaminya, Rajvinder Singh, 45, di bawah lantai bilik tidur di sebuah rumah di sini.

Manpreet Kaur, 40, mengaku dia mengebumikan mayat suaminya di dalam rumah selepas lelaki itu meninggal dunia secara tiba-tiba setahun lalu.

Menurutnya, dia terpaksa menanam mayat suaminya di dalam rumah kerana tiada wang untuk membayar kos pengebumian.

Dalam masyarakat Sikh di bandar itu, kos pengebumian merangkumi bayaran untuk upacara pengebumian tradisional dan tapak kubur. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan