Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,692

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kuasa wanita

9:56am 14/09/2016 Pak Roshan 2777 views Global
WANITA itu dilihat menarik seorang lelaki dan membawanya bersiar-siar seperti anjing. - People’s Daily

WANITA itu dilihat menarik seorang lelaki dan membawanya bersiar-siar seperti anjing. – People’s Daily

Fuzhou, China: Seorang wanita mengikat tali di leher teman lelakinya dan membawa kekasihnya bersiar-siar di bandar ini seperti seekor anjing.

Pasangan itu dilihat di sebatang jalan di bandar ini pada Jumaat lalu dan menjadi viral di laman sosial di China.

Beberapa gambar tersebar di Internet menunjukkan wanita itu berjalan sambil memegang tali diikat di leher teman lelaki yang merangkak seperti anjing.

Wanita itu juga dilihat bercakap dan mengusap kepala lelaki berkenaan.

Orang ramai yang kehairanan mula mengerumuni pasangan itu untuk merakamkan gambar.

Seorang penulis berkata :  “Bayangkan bagaimana ibu bapa mereka rasa apabila mereka melihat ini.”

Manaka seorang lagi berkata : “Di mana maruah lelaki?”

Dan seorang pengguna mengulas : “Jika dia adalah anjing, mengapa dia memakai pakaian?”

Walau bagimanapun, sebab tingkah laku wanita itu masih tidak diketahui.

china china

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan