Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kuasa Presiden, Majlis Tertinggi Pekida sah

pekidaKUALA LUMPUR – Pertubuhan Kebajikan Dakwah Islamiah (Pekida) Malaysia menafikan  dakwaan yang mengatakan bahawa pemilihan Jawatankuasa Majlis Tertinggi pertubuhan itu tidak sah kerana tidak mengikut Perlembagaan.

Setiausaha Agungnya, Dato’ Bakri Ali Mohamad berkata, dakwaan tersebut yang dibuat oleh seorang Pengerusi Pekida Negeri yang turut mendakwa bahawa Presiden Pekida Jamaludin Yusof telah menyalahgunakan kuasa adalah tidak berasas.

“Pemilihan Jawatankuasa Majlis Tertinggi 2013-2016 serta pindaan draf Perlembagaan telahpun dipersetujui dan diluluskan dalam Perhimpunan Agung  tahun 2012 dan 2013,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Namun, beliau tidak menafikan bahawa pindaan draf itu adalah bagi memberikan kuasa kepada Presiden untuk melaksana suatu tugas tanpa perlu merujuk kepada Majlis Tertinggi termasuk tindakan menggantikan semua Pengerusi Negeri Pekida.

“Presiden tidak pernah bertindak memecat (pengerusi), sebaliknya beliau hanya menggantikan pengerusi negeri yang dikenalpasti gagal menjalankan tugas diamanahkan,” katanya lagi sambil menyatakan rasa kesal dengan sikap segelintir ahli yang gemar membuat kenyataan di luar.

‘Sesungguhnya, setiap ahli Majlis Tertinggi boleh berbincang pelbagai isu dalam mesyuarat Majlis tanpa membuat sebarang kenyataan di luar atau kepada umum,” katanya.

Pada Jumaat lepas, Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Pekida Sabah, Datu Akjan Datu Ali Muhammad dalam satu sidang media di Kota Kinabalu, meminta Pendaftar Pertubuhan (ROS) agar  menggantung dan menyiasat sebarang aktiviti dan program yang dijalankan oleh Pekida.

Akjan juga mendakwa senarai ahli Majlis Tertinggi Pekida pada masa kini adalah tidak sah kerana telah melanggar peraturan perlembagaan pertubuhan itu. – Oleh Nuzir Andi Samsiar / Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan