Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,415

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kualiti pelajar di negara ini dalam bidang sains dan matematik masih tidak kompetetif

5:59pm 07/11/2016 Leolerry Lajius 34 views Kota Kinabalu,Pendidikan,Tempatan
Dr. Ramzah (tengah) mengambil gambar bersama Duta Sains Parlimen Tuaran.

Dr. Ramzah (tengah) mengambil gambar bersama Duta Sains Parlimen Tuaran.

KOTA KINABALU: Penanda aras peringkat antarabangsa menunjukkan bahawa kualiti pelajar di negara ini dalam bidang sains dan matematik masih tidak kompetetif pada peringkat global.

Menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Panglima Madius Tangau, perkara ini dapat dibuktikan dengan mengambilkira bilangan kemasukan pelajar di peringkat sekolah menengah mahupun universiti dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) setiap tahun yang semakin menurun.

Menyedari akan masalah ini, MOSTI melalui Akademi Sains Malaysia (ASM) telah membentangkan hasil kajian flagship bertajuk Science Outlook 2015  di Mesyuarat National Council (NSC) Pertama.

“Hasilnya, NSC telah memutuskan supaya pihak MOSTI bersama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk bekerjasama menggubal Pelan Tindakan STEM Bersepadu.”

“Melalui penggubalan Pelan Tindakan ini, pihak MOSTI merancang untuk menubuhkan Pusat Latihan STEM yang pertama seumpamanya di negera ini,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan sempena, Program Inovasi Mosti Bengkel Pendidikan Sains Berasaskan Inkuiri (IBSE) Kedua, di sini, hari ini. Teks ucapan beliau dibaca oleh Timbalan Ketua Setiausaha Sains, Teknologi dan Inovasi MOSTI Prof. Madya Dr. Ramzah Dambul.

Beliau turut menyatakan bahawa dalam usaha membangunkan pendidikan STEM pendekatan mengadaptasi kaedah pengajaran dan pembelajaran La Man A La Pate iaitu IBSE dari French Academy of Science juga akan diaplikasikan.

Menyentuh mengenai Program Duta Sains, beliau berkata, ia merupakan satu inisiatif yang dilaksanakan di bawah Program Inovasi Sosial MOSTI (MSI) dengan Akademi Sains Malaysia (ASM) selaku pelaksana program.

“Saya difahamkan sebagai permulaaan, pihak ASM telah melantik seramai 68 orang duta sains di empat kawasan parlimen iaitu Jerlun, Setiu, Tangga Batu dan Tuaran dengan Tuaran mencatat jumlah tertinggi iaitu seramai 40 orang,”katanya.

Program berkenaan akan diadakan sehingga 11 November nanti bermula pada hari ini dan akan diisi dengan pelabgai aktiviti sebagai pendedahan kepada peserta yang terlibat.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan