Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,667

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kualiti jalanraya di bawah seliaan JKR terus dipertingkatkan

Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur Negeri, Datuk Haji Ghulamhaidar Khan Bahadar (kanan) berbincang sesuatu bersama Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan (tengah) dan Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin di Persidangan DUN Sabah.

Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur Negeri, Datuk Haji Ghulamhaidar Khan Bahadar (kanan) berbincang sesuatu bersama Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan (tengah) dan Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin di Persidangan DUN Sabah.

KOTA KINABALU: Beberapa komponen utama telah diberi perhatian untuk memperbaiki dan meningkatkan lagi kualiti jalan-jalan di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR)  di negeri ini.

Menurut Menteri Pembangunan Infrastruktur Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan,  langkah-langkah tersebut diambil bagi memperbaiki dan meningkatkan lagi kualiti jalan-jalan di bawah seliaan JKR Sabah.

Komponen itu adalah mereka bentuk jalan-jalan tersebut berpandukan kepada amalan kejuruteraan dan piawaian antarabangsa supaya dapat menampung had beban yang dibenarkan.

“Pembinaan jalan-jalan tersebut juga dihasilkan dalam kerja-kerja ukur untuk menentukan jajaran serta keselamatan jalan-jalan yang hendak dibina dan rekabentuk yang  melalui prosedur kawalan kualiti berdasarkan spesifikasi pembinaan jalan,”katanya.

Penyelenggaraan aset jalan supaya selesa dan selamat digunakan oleh pengguna jalan raya yang merangkumi penyelenggaraan rutin, berkala dan kecemasan juga telah dilaksanakan oleh pihak JKR.

Menurut Pairin lagi, pihak pengguna jalan raya juga merupakan komponen yang harus diberi perhatian dalam aspek ini dan menyeru agar pengguna juga harus ada perasaan bertanggungjawab terutama kepada kenderaan yang berlebihan muatan kerana boleh mengakibatkan kerosakan kepada aset jalanraya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan yang dikemukakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sugut Datuk James Ratib yang bertanya apakah langkah-langkah kerajaan dalam memperbaiki dan meningkatkan lagi kualiti jalan di bawah seliaan JKR di negeri ini ketika persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Mesyuarat Pertama Penggal keempat DUN yang ke-14, di sini, hari ini.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan