Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kusangka sayur…

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

Jakarta: Seorang penjual sayur di Pasar Panorama, Kota Bengkulu berdepan hukuman mati selepas didapati menanam 58 pokok ganja secara tidak sengaja di kebun sayur miliknya.

Hanya dikenali sebagai RS, dia ditahan polis antidadah Bengkulu semalam.

Kata RS, dia memperoleh biji tanaman itu daripada seorang kenalan lamanya.

“Dia memberitahu ia benih sayur. Saya tidak mengesyaki apa-apa dan menanamnya begitu saja,” katanya.

Tidak itu saja, RS turut mengaku menerima bungkusan kecil dadah itu dan menggunakannya tanpa mengetahui ia menyalahi undang-undang.

Ganja itu ditemui polis tertanam dalam pasu bersama sayuran lain. Kata RS, dia merancang untuk memindahkan ganja itu ke kebun miliknya apabila besar.-Agensi

Komen


Berita Berkaitan