Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Ku Mengharapkan Ramadan Kali Ini Penuh Makna

Gambar Hiasan

Alhamdulillah… bersyukurlah kita masih bernafas untuk menunaikan ibadat puasa pada tahun ini.

Masih ingatkah lagi diari Ramadan kita tahun lalu? Adakah kita dapat mencapai target pada tahun lalu?

Cukupkah 30 juzuk bacaan al-Quran kita? Mungkin ada yang mencapainya dan mungkin juga tidak mencapainya.

Namun begitu, mungkin ada yang tidak target apa-apa. Mungkin… ( tepuk dada, tanya iman masing-masing)

Setiap insan yang menanti bulan penuh rahmat ini, sudah terang lagi bersuluh mengharapkan amalan ibadat di bulan Ramadan yang sempurna.

Kita akan menggunakan peluang ini dengan sebaiknya. Kita juga mengharapkan amalan-amalan kita diterima oleh-Nya sebagai bekalan di sana nanti.

Masih ingatkah lirik lagu ini? Mari kita hayatinya…

Ku mengharapkan Ramadan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadan… semula

Ku mengharapkan Ramadan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahkan-Nya
Moga dapat kulenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
tiada henti-henti

Ku mengharapkan Ramadan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Tak ingin ku biarkan Ramadan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar

Ku mengharapkan Ramadan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Ku memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah
Dengan rahmat mu ohhh Tuhan ku
Tempuh jua

 

Lagu ini merupakan lagu nyanyian kumpulan nasyid Raihan dan Man Bai. Bait-bait lirik lagu ini cukup indah.

Lirik yang sudah jelas menggambarkan pengharapan Ramadan seorang hamba-Nya yang benar-benar mengharapkan keredhaan dan kerahmatan daripada Allah SWT di bulan yang mulia ini.

Semoga kita dapat menghayati lirik lagu ini dengan memahami mesej daripada lagu ini.

  1. Sebagai hamba-Nya yang kerdil, kita sentiasa mengharapkan amalan kita diterima-Nya.
  2. Sebagai hamba-Nya yang lemah, kita mengharapkan setiap amalan kita dapat dilalui dengan sabar walau apa jua dugaan hidup yang bakal ditempuhi.
  3. Sebagai hamba-Nya yang lalai, kita mengharapkan diri kita dapat mengawal nafsu sendiri agar dapat beribadat dengan sempurna.

Semoga kita sentiasa berdoa kepada ALLAH SWT supaya tabah menempuhi ranjau kehidupan di bumi persinggahan yang penuh onak duri.

Doa itu senjata! Mohonlah kepada-Nya dalam setiap sujud. Mohonlah kepada-Nya dengan menadah tangan dan berdoa!

Semoga DIA mendengar doa-doa kita semua. Semoga setiap doa daripada kita dimakbulkan oleh-Nya.

“Jika tiba bulan Ramadan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu semua syaitan.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Apakah harapan Ramadan anda pada tahun ini? Tepuk dada, tanya iman masing-masing!

Semoga Ramadan kita untuk tahun ini menjadikan diri kita insan yang lebih baik dan sentiasa mengharapkan keredhaan ALLAH SWT. Jom! Buru lailatul qadar!

(Sumber: iluvislam oleh Nadia Sensei)

Komen


Berita Berkaitan