Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

KSN Bangga Penjawat Awam Laksana Konsep Merakyatkan Perkhidmatan Awam

KSN

TAWAU — Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa berpuas hati penjawat awam termasuk di Sabah mengamalkan Konsep Merakyatkan Perkhidmatan Awam (MPA) yang diterjemahkan dalam program anjuran bersama swasta dan badan bukan kerajaan (NGO).

Beliau berkata konsep sedemikian perlu dipupuk dan didukung oleh penjawat awam dalam menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat.

“Pada masa sama, penjawat awam sebagai rakyat akan dapat perkhidmatan daripada rakan penjawat yang lain.

“Sebagai contoh, penjawat awam di Hospital Tawau perlu memberi perkhidmatan yang dedikasi kepada pesakit yang terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat dan ada di antaranya adalah penjawat awam.

“Dengan memberi perkhidmatan terbaik, semua pihak akan mendapat faedah,” katanya ketika berucap pada majlis berbuka puasa Program Ihya Ramadhan 1M4U di Hospital Tawau di sini, Isnin malam.

Ali berkata terdapat beberapa penambahbaikan dilaksanakan di Hospital Tawau sejak lawatan pertama beliau pada Ogos 2012.

“Ini menunjukkan bahawa warga penjawat awam yang merupakan pembolehubah kepada Pelan Transformasi kerajaan amat peka kepada keperluan penambahbaikan penyampaian perkhidmatan awam kepada masyarakat di Tawau khususnya,” katanya.

Beliau berkata empat konsep MPA yang diperkenalkan sejak pelantikannya merangkumi enam prinsip iaitu keterbukaan, turun padang, musyawarah, insaniah, kekitaan dan kerjasama awam swasta-NGO.

Antara aktiviti program 1M4U itu termasuk membersihkan tempat berwuduk, menggantikan kelengkapan almari serta sejadah usang di Masjid Nur Sulaisah.

Ali yang dalam lawatan kerja dua hari ke Tawau turut menyampaikan sumbangan kepada anak yatim dan ibu tunggal.

Komen


Berita Berkaitan