Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kru MH17 layak dapat faedah Perkeso

perkeso mh17

SEPANG – Semua kru pesawat MH17yang terhempas di timur Ukraine Khamis lalu layak mendapat faedah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) di bawah skim bencana pekerjaan.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot berkata, kesemua 15 kru tersebut layak dilindungi d bawah skim tersebut kerana ketika kejadian mereka sedang bertugas.

Beliau berkata, bagi penumpang rakyat Malaysia sekiranya mencarum dalam skim Perkeso, mereka juga layak mendapat faedah terbabit.

“Sehingga sekarang kita hanya dapat mnegenal pasti dua penumpang pesawat itu yang layak menerima skim Perkeso.

“Yang lain kita masih menunggu senarai nama dikeluarkan MAS untuk kenal pasti sama ada mencarum dengan Perkeso,” katanya dalam sidang akhbar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.

Komen


Berita Berkaitan