Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kru Kapal Jatuh Di Perairan Kemaman Belum Ditemui

hilang-600x366

KUALA TERENGGANU : Kru kapal yang terjatuh ke dalam laut di kawasan pelantar minyak Bertam di perairan Kemaman dua hari lepas, belum ditemui sehingga operasi mencari dan menyelamat (SAR) dihentikan pada 7 petang tadi.

Pengarah Maritim Wilayah Timur Laksamana Pertama Maritim Datuk Mamu Said Alee berkata selain pencarian dijalankan anggota selam skuba di dasar laut, sebuah kapal Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) KM Amanah digerakkan ke lokasi kejadian kira-kira 3 petang tadi.

“Kami menjalankan penyelaman di lokasi kejadian dengan bantuan kenderaan kawalan jauh (ROV) dan menambah aset KM Amanah untuk operasi SAR, namun sehingga kini mangsa masih gagal dikesan,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Ahad lepas, Sudarmin Aminuddin, 31, kru kapal ‘FMSUV FOS LEO’ dikatakan terjatuh ketika sedang menjalani latihan menyelamat ‘Fast Rescue Force’ di atas kapal berkenaan.

Difahamkan, kejadian berlaku di kawasan pelantar minyak Bertam, lebih kurang 86.7 batu nautika (BN) dari Tanjung Berhala, Kemaman dan 5BN dari sempadan perairan negara.

Mamu Said berkata setakat ini, operasi SAR melibatkan KM Amanah dan KM Redang bersama 37 pegawai serta anggota APMM.

Beliau berkata Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Tanjung Gelang, Kuantan juga menggerakkan KD Gempita bersama 41 anggota dan tujuh penyelam, dengan dibantu sebuah kapal syarikat swasta MV Setiawangsa serta 23 kru.

Katanya operasi SAR akan disambung semula pagi esok.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan