Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,702

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

KRT platform promosi perpaduan kaum- Yahya

12:12pm 25/07/2016 Elezebeth Esther Onjining 19 views Tempatan,YB Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin
Yahya memukul gong sebagai tanda merasmikan Majlis Tautan Kasih Perpaduan di majlis itu.

Yahya memukul gong sebagai tanda merasmikan Majlis Tautan Kasih Perpaduan di majlis itu.

PUTATAN- Kawasan Rukun Tertangga (KRT) merupakan platform bagi mempromosikan perpaduan di kalangan masyarakat yang berbilang kaum di negeri ini, kata Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin.
Katanya, perpaduan dan keharmonian rakyat berbilang kaum yang telah lama terjalin perlu dipelihara dan dijaga dengan baik.
“Perpaduan rakyat akan menjamin keamanan dan kemakmuran negara”, tegasnya.
Beliau berkata demikian semasa merasmikan Majlis Tautan Kasih Perpaduan KRT Daerah Putatan dan Penampang di Dewan Serbaguna Pasir Putih, Putatan dekat sini, kelmarin.
Dalam masa sama, Yahya yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan berkata, daerah itu mempunyai 10 buah KRT dan lapan buah Skim Rondaan Sukarela (SRS). Manakala, daerah Penampang mempunyai 16 buah KRT dan 11 buah SRS.
Beliau turut menyerahkan sijil pendaftaran kepada KRT Kampung Lok Kawi Baru yang baharu diwujudkan selain menyampaikan sumbangan kepada golongan kurang mampu dan memerlukan di majlis itu.
Turut hadir ialah Timbalan Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Sabah, Puan Esther Dingkawan, Penolong Pegawai Daerah Putatan, Encik Hassan Mahali dan pemimpin masyarakat setempat. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah
Yahya menyerahkan sijil pendaftaran KRT Kg Lok Kawi Baru kepada Encik Sumita Hassan sambil diperhatikan Esther (tengah) Hassan (dua dari kiri).

Yahya menyerahkan sijil pendaftaran KRT Kg Lok Kawi Baru kepada Encik Sumita Hassan sambil diperhatikan Esther (tengah) Hassan (dua dari kiri).

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan