Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,712

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

KRT perlu sedia pangkalan data penduduk

MENTERI Belia dan Sukan negeri, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan (empat dari kanan) merasmikan KRT Taman Apas Permai, Tawau di kawasan perumahan Taman Apas Permai, Tawau. - Foto Norasikin Daineh

MENTERI Belia dan Sukan negeri, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan (empat dari kanan) merasmikan KRT Taman Apas Permai, Tawau di kawasan perumahan Taman Apas Permai, Tawau. – Foto Norasikin Daineh

TAWAU: Kawasan Rukun Tetangga (KRT) perlu menyediakan pangkalan data penduduk di kawasan masing-masing agar segala permasalahan mereka dapat diselesaikan, kata Menteri Belia dan Sukan negeri, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan.

Beliau berkata, perkara itu perlu dilakukan bukan sahaja berkaitan soal keselamatan, malah ia penting untuk memastikan kebajikan setiap penduduk di kawasan berkenaan dapat dijaga.

“Data penduduk itu membantu kita untuk mengenal pasti kelompok orang kelainan upaya (OKU), warga emas, ibu tunggal yang jauh terpinggir dan memerlukan pembelaan dari aspek kebajikan.

“Oleh itu, KRT perlu menyediakan data penduduk di kawasan masing-masing terutamanya untuk dijadikan rujukan kerajaan atau agensi lain yang ingin menghulurkan sebarang bantuan,” katanya ketika berucap pada majlis Perasmian KRT Taman Apas Permai di sini, hari ini.

Pada masa sama, Tawfiq yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Apas meminta agar anggota KRT memupuk kesatuan antara ahli dalam usaha melicinkan segala program yang dirancang termasuk menjalankan Skim Rondaan Sukarela (SRS).

“Apabila kita bersatu, segala perkara akan dapat dilaksanakan dengan lebih mudah terutamanya berkaitan keselamatan yang sering menjadi fokus utama,” katanya.

Terdahulu, Pegawai Jabatan Perpaduan Negara dan Integerasi Nasional (JPNIN) Tawau, Rosmah Wadin berkata, KRT Apas Permai adalah yang ke-45 ditubuhkan di Tawau. — BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan