Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,727

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

KRT perlu peka dalam memberi penjelasan mengenai dasar kerajaan kepada masyarakat setempat- Radin

1:12pm 01/03/2016 Elezebeth Esther Onjining 20 views Tempatan,YB Datuk Radin Malleh
Radin bergambar dengan AJK KRT Taman Seri Mantailang di majlis itu

Radin bergambar dengan AJK KRT Taman Seri Mantailang di majlis itu

TENOM- Kawasan Rukun Tetangga (KRT) perlu peka, proaktif serta bekerjasama dalam memberikan penerangan mengenai dasar-dasar kerajaan kepada rakyat demi menangani elemen-elemen negatif yang boleh merosakkan perpaduan rakyat berbilang kaum di negeri ini, kata Datuk Radin Malleh.

Beliau yang merupakan Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah mengingatkan semua ahli badan KRT agar sentiasa menentukan kesahihan sebarang maklumat itu terutamanya  di media-media sosial bagi memastikan maklumat-maklumat itu tidak menggugat perpaduan dan keharmonian rakyat berbilang kaum di negeri ini.

“Badan-badan KRT juga digalakkan bekerjasama dengan badan-badan lain untuk menganjurkan sesuatu program sosial yang dapat meningkatkan kerjasama dan perpaduan penduduk di kawasan-kawasan KRT berkenaan,”katanya.

Radin yang juga ahli dewan undangan negeri kawasan Melalap berkata di perasmian majlis rumah terbuka sempena sambutan Tahun Baharu Cina anjuran KRT Taman Seri Mantailang Tenom bertempat di kediaman Kapitan Alfred Tai di Taman Seri Mantailang pada sabtu lepas.

Hadir sama, Pegawai Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Tenom, Azrim Maraim, Pengerusi KRT Taman Seri Mantailang, Haji Zulkifi Empin, Datin Angeline Tom, para kapitan Cina Tenom serta pemimpin masyarakat dan penduduk di sekitar kawasan perumahan itu.

Tegasnya, rakyat berbilang kaum termasuklah masyarakat Cina sentiasa bebas untuk mengamalkan adat resam dan kepercayaan mereka, malah kerajaan juga menyalurkan peruntukan dan bantuan kepada badan-badan kebudayaan dan pendidikan Cina pada setiap tahun.

Kestabilan dan kemakmuran negeri ini serta keharmonian masyarakat pada hari ini adalah hasil kerjasama rakyat berbilang kaum dan kita harus mempertahankannya demi masa depan kita bersama, katanya.

“Saya bersyukur kepelbagaian kita bukan menjadi penghalang untuk kita berinteraksi dan bekerjasama di antara satu sama lain demi kemajuan, kemakmuran dan keamanan negeri ini.

“Sikap keterbukaan dan persefahaman yang tinggi di kalangan penduduk Sabah yang berbilang kaum dan agama menjadi contoh teladan kepada masyarakat lain di negara ini, tambahnya lagi.

Beliau menggesa rakyat untuk meneliti kesahihan sesuatu maklumat itu yang disebarkan oleh golongan-golongan tertentu dengan tujuan untuk menggugat perpaduan rakyat itu.

“Kejayaan kita menempuhi pelbagai cabaran pembangunan di era ini memerlukan kerjasama erat dan perpaduan yang utuh di kalangan rakyat berbilang kaum.

“Perpaduan kita akan menjana kestabilan yang akan memudahkan kerajaan untuk melaksanakan pelbagai program pembangunan meningkatkan kesejahteraan rakyat khususnya di kawasan-kawasan luar bandar,” katanya.

Kerajaan juga akan bertindak tegas ke atas golongan yang melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh menggugatkan keselamatan serta ketenteraman awam di negeri ini, katanya.- SayangSabah

Datin Angeline Tom, isteri Radin serta Puan Chong Lan Yin, isteri Kapitan Alfred Tai menyampaikan angpow kepada kanak-kanak yang hadir di majlis itu.

Datin Angeline Tom, isteri Radin serta Puan Chong Lan Yin, isteri Kapitan Alfred Tai menyampaikan angpow kepada kanak-kanak yang hadir di majlis itu.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan