Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

KRT Labuan terima lebih peruntukan tahun ini

Bashir (dua dari kanan) menyampaikan replika cek geran pengurusan rukun tetangga Labuan 2018 kepada wakil Rukun Tetangga Labuan sambil diperhatikan oleh Rodzi (kanan sekali), Zulkifli (tiga dari kiri) dan Mimie ( kiri sekali).

LABUAN – Peranan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di Wilayah Persekutuan Labuan dengan jumlah ahli induk seramai 2,896 merupakan mekanisme yang menjadi tulang belakang kekuatan bagi memantapkan perpaduan diperingkat akar umbi.

“Sebagai menghargai sumbangan bakti mereka, kerajaan melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) memberi geran pengurusan KRT yang terbanyak tahun ini iaitu sebanyak        RM 208,000.00 untuk 35 kawasan rukun tetangga yang ada di Labuan berbanding tahun lalu yang hanya RM 198,000.00 sahaja,” ujar Pengarah JPNIN Labuan, Mimie D. Selvakumar ketika berucap pada Seminar Semarak Perpaduan, petang semalam yang diadakan di Menara Perbadanan Labuan.

Seminar tersebut telah  dianjurkan secara Strategi Lautan Biru atau NBOS oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), Biro Tatanegara, Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Gabungan Rukun Tetangga Wilayah Persekutuan Labuan yang telah dirasmikan oleh Senator Dewan Negara, Datuk Bashir Alias.

 “Saya berharap pemberian geran pengurusan rukun tetangga ini akan memberi suntikan semangat kepada pemimpin-pemimpin rukun tetangga ini untuk terus berbakti kepada masyarakat dan kejiranan di Labuan ini,” kata Mimie.

Kata Mimie lagi,  kita amat merasa bangga kerana labuan telah diiktiraf sebagai wilayah yang paling harmoni kerana sehingga kini tiada langsung konflik kaum berlaku di sini dan diharapkan agar pengiktirafan ini akan terus dinikmati melalui kesedaran dan komitmen bersama.

Justeru, jabatan kami telah mengatur 7 komponen program iaitu : membudayakan perpaduan dihatiku; khidmat komuniti dan pembangunan komuniti membudayakan perpaduan; meraikan kepelbagaian; integrasi kaum;  pemantapan semangat patriotisme negaraku;  pemantapan keharmonian dan keselamatan komuniti serta pengukuhan kecekapan organisasi, ujar beliau.

Mimie berharap agar semua program ini akan mendapat sokongan dan bantuan serta komitmen dari semua pihak, agar kita dapat bersama-sama terus memantapkan hidup harmoni dan damai sejahtera di Labuan ini yang mana perpaduan adalah tanggungjawab kita bersama.

Seramai 150 peserta di kalangan pemimpin masyarakat akar umbi seperti ketua kampung dan badan-badan bukan kerajaan ( NGOs) serta ahli-ahli jawatankuasa utama Rukun Tetangga Labuan menyertai seminar selama satu hari tersebut.

Antara penceramah yang dijemput adalah Pengarah Bahagian Pengurusan Perpaduan JPNIN Malaysia, Zulkifli Hashim yang membawa tajuk Pengurusan Isu-Isu Sensitiviti Kaum Di Malaysia serta Pengarah MKN Sabah, Datuk Rodzi Md Saad yang menyampaikan tajuk Dasar Keselamatan Negara.-Penerangan Labuan

Komen


Berita Berkaitan