Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

KRT jadi platform jaga keselamatan penduduk

Kurup menerima cendera kenangan daripada Pengerusi penganjur, Rafus Gahim. - foto Kalawon Sawing
Kurup (dua dari kiri) menerima cendera kenangan daripada Pengerusi penganjur, Rafus Gahim. – foto Kalawon Sawing

KENINGAU – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup menyifatkan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di negeri ini adalah sebagai platform keselamatan penduduk di bawah jagaan mereka.

Katanya, KRT melalui Skim Rondaan Sukarela (SRS) perlu bekerjasama dengan Rela dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) untuk menjaga keselamatan di kampung masing-masing.

“Sebagai sebuah badan yang diwujudkan oleh kerajaan, KRT harus memainkan peranan untuk membantu ketika berlakunya gempa bumi di Ranau awal bulan ini,” katanya semasa berucap merasmikan Majlis Ramah Mesra Bersama Pemimpin di balai raya Kampong Toboh Laut, di sini semalam.

Majlis tiga dalam satu itu yang merangkumi program Ramah Mesra bersama Pemimpin, Kesyukuran Kaamatan dan Info Rakyat 1Malaysia turut dihadiri oleh Ketua Pemuda Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Sabah, Arthur Joseph Kurup; Ketua Pegawai m Perhubungan Parlimen Pensiangan, Rayner Francis Udong dan Penggerak Jabatan Perpaduan dan Integrasi m Nasional (JPNIN) daerah, Vincent Lee.

Kurup berkata, sebagai satu badan yang menjadi mata dan telinga kerajaan, KRT perlu bergerak pantas dengan memainkan peranan dalam memberi bantuan, galakkan dan tunjukajar kepada ahli-ahli dan masyarakat di kawasan berkenaan. Beliau juga ingin m melihat KRT sentiasa bergerak aktif. – oleh Kalawon Sawing / SayangSabah

 

Komen


Berita Berkaitan