Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,666

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

KRT Harus Membantu Memperkasakan Perpaduan Masyarakat Setempat

9:05pm 25/11/2015 Elezebeth Esther Onjining 17 views Tempatan
Razak bersalaman dengan penduduk kampung sejurus tiba untuk merasmikan majlis tersebut

Razak bersalaman dengan penduduk kampung sejurus tiba untuk merasmikan majlis tersebut

SEMPORNA: Semua Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di daerah ini perlu melebarkan peranannya untuk memperkasa perpaduan masyarakat setempat.

Ketua Penerangan Umno bahagian Semporna Datuk Haji Razak Tun Sakaran berkata, selain melaksanakan program kejiranan, KRT juga berperanan menangani isu keselamatan komuniti setempat, menjadi mediator serta sebagai mata dan telinga kerajaan berkaitan isu-isu perpaduan.

“Tanggungjawab kita (KRT)  adalah besar dan sangat penting iaitu untuk memastikan kemakmuran tanah air terus berkekalan, bukan sahaja untuk hari ini tetapi untuk generasi akan datang,” katanya ketika merasmikan program Sanggar Mustika anjuran KRT kampung Panji dengan kerjasama Biro Penerangan Umno Semporna di dewan masyarakat Kampung Panji, di sini, baru baru ini.

Sehubungan dengan itu, Razak yang juga Ketua Usia Bahagian Semporna mengingatkan rakyat agar tidak leka dalam menjaga perpaduan dan keseimbangan di antara kaum di negara ini yang merupakan teras dan asas kepada pembangunan dan kemajuan negara memandangkan usaha memupuknya bukan suatu perkara yang mudah.

Katanya pelbagai usaha telah dilakukan sama ada oleh pihak kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO)  termasuk KRT bagi memperkasakan serta melestarikan lagi tahap perpaduan kaum di negara ini.

“Saya percaya tidak ada sesiapa yang mahu tinggal di sebuah negara yang berpecah-belah dan tidak harmoni, kerajaan akan terus berusaha sedaya upaya memastikan kesamarataan dan hak setiap kaum dijaga dan rakyat wajar menyokong usaha ini secara berterusan ” katanya

Menurut Razak, rakyat seharusnya bersyukur kerana diberikan nikmat perpaduan keharmonian dan kemajuan secara berterusan. Bagaimanapun ia tidak bermakna rakyat  leka atau berdiam diri tanpa berbuat sesuatu sehingga perpaduan sedia ada tergugat oleh golongan yang tidak bertanggungjawab

“Penghayatan lima Rukun Negara adalah sebagai satu daripada kaedah untuk mengurus masyarakat berbilang kaum kerana ia bukan perkara mudah lebih-lebih lagi jumlah dan kepadatan penduduk di Malaysia semakin bertambah. Ia perlu diterapkan secara berterusan sejak kecil,” katanya

Razak berharap setiap KRT  khususnya di daerah tersebut perlu memanfaatkan peruntukan yang dibekalkan kepada mereka melalui JPNIN dengan program-program yang dapat menyuburkan semangat perpaduan di kalangan masyarakat setempat. -SayangSabah

Razak menyampaikan hadiah kepada para pemenang yang menyertai pelbagai pertandingan sempena program tersebut

Razak menyampaikan hadiah kepada para pemenang yang menyertai pelbagai pertandingan sempena program tersebut

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan