Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

KRT digesa jalankan tugas dengan berkesan

Bobbey disambut oleh penduduk Kampung Sabinait Baru. - foto Kalawon Sawing
Bobbey disambut oleh penduduk Kampung Sabinait Baru. – foto Kalawon Sawing

NABAWAN – Komuniti Rukun Tetangga (KRT) merupakan landasan terbaik untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum dan kepercayaan di negara ini.

Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur Datuk Bobbey Suan berkata, ia selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengekalkan keharmonian masyarakat berbilang kaum dan kepercayaan yang menjadi pemangkin kepada perpaduan dan kemakmuran.

Katanya, penubuhan lebih banyak KRT dapat membantu masyarakat setempat menjalankan aktiviti yang berfaedah membabitkan pelbagai lapisan di setiap kawasan KRT.

“Justeru itu kita mengalu-alukan usaha kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrsi Nasional ( JPNIN ) menubuhkan KRT di setiap pelusuk kampung,” katanya semasa berucap merasmikan KRT Kampung Sabinait Baru dekat sini, hari ini.

Bobbey yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN ) Nabawan berkata, KRT juga dapat mengekalkan perpaduan dan kerjasama dalam kalangan penduduk kampung melalui aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang dianjurkan.

Sempena perasmian KRT kampung itu pelbagai aktiviti dijalankan seperti pertandingan kebersihan kawasan rumah penduduk, acara sukan, sukaneka dan sebagainya. – oleh Kalawon Sawing / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan