Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,656

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

KRT Di Sabah Perlu Rebut Peluang Jadi Peneraju Inovasi Negara

6:21pm 08/11/2015 Pak Roshan 15 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan

josephkurup

KOTA KINABALU – Komuniti di setiap Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di Sabah perlu merebut peluang yang disediakan kerajaan menerusi Bajet 2016 yang antara lain menggalakkan serta memupuk masyarakat menjadi peneraju inovasi pada masa depan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup berkata kerajaan sentiasa menyokong pelaksanaan pelbagai program inovasi di negara ini dan peruntukan sebanyak RM100 juta kepada Agensi Inovasi Malaysia dalam bajet baru-baru ini, akan menggalakkan rakyat untuk terus berinovasi.

“Kerajaan turut menyediakan dana RM200 juta di bawah Skim Dana Lonjakan Teknologi dan Inovasi oleh Malaysia Debt Ventures Bhd,” katanya ketika berucap merasmikan Karnival Perpaduan Rukun Tetangga Zon Kota Kinabalu, Penampang, Putatan dan Papar 2015 di sini hari ini.

Kurup berkata anggota dan komuniti belia di KRT negeri ini juga perlu peka dan pantas menggunakan peluang disediakan kerajaan untuk memajukan diri sekaligus memperkasakan belia di negara ini.

Beliau berkata sehingga September lepas, terdapat 7,419 rukun tetangga (RT) di seluruh negara dengan Sabah memiliki RT terbanyak iaitu 930 buah.

“Saya harap KRT di negeri ini dapat bergerak dengan lebih aktif serta mampu membawa masyarakat ke arah transformasi minda yang lebih dinamik dan berkesan,” katanya. – BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan