Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kritikan Tun M punya sebab tersendiri

Rosnah (kiri) menyampaikan cek sumbangan kepada salah seorang wakil persatuan di majlis itu.
Rosnah (kiri) menyampaikan cek sumbangan kepada salah seorang wakil persatuan di majlis itu.

PAPAR – Mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamed mempunyai sebab tersendiri atas kritikan keras dilemparkan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sehubungan itu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, menyarankan agar semua pihak mempunyai usaha untuk memberi penjelasan kepada Tun Mahathir mengenai persoalan yang menjadi kegusaran beliau.

“Kita menghormati Tun Mahathir sebagai seorang negawaran serta pemimpin lama… mungkin beliau mempunyai sebab-sebab tersendiri (untuk melemparkan kritikan terhadap Najib). Justeru, saya yakin sebagai individu yang pernah memegang tampuk kerajaan sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun, termasuk menjadi Presiden UMNO, beliau sudah tentu gusar mengenai masa depan parti dan negara.

“Kalau ada pihak yang boleh menjelaskan kepadanya (tentang isu menyelubungi pentadbiran Najib), saya percaya beliau (Tun M) akan faham kerana pernah merasai apa yang dilalui Datuk Seri Najib.

“Tun Mahathir juga lebih mengenali beliau (Najib) kerana pernah menjadi Ketua Pemuda UMNOsemasa era pentadbirannya,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan kepada 18 persatuan daerah ini di pejabat, di sini hari ini. – oleh Aryan De Vera / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan