Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,298

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kritikan terhadap TAED adalah perbuatan tidak matang- Mayor

12:02pm 11/01/2017 Elezebeth Esther Onjining 151 views Berita Pilihan,Kota Kinabalu,Tempatan

KOTA KINABALU- Mayor Bandaraya Kota Kinabalu menyifatkan perbuatan sesetengah pihak yang mengkritik pelan Tanjung Aru Eco Development (TAED) sebagai tidak matang dan tidak adil.
Mayor, Datuk Yeo Boon Hai mempersoalkan sikap sesetengah individu yang menyuarakan bantahan terhadap projek tersebut.
“Mengapa perlu ada perasaan curiga? Ia sama seperti mengharapkan projek tersebut gagal,”katanya dalam satu kenyataan media, baru- baru ini.
Menurut beliau, beberapa kajian, perundingan telah dilakukan serta perancangan yang teliti oleh pakar- pakar dalam pelbagai bidang sebelum projek tersebut dilancarkan Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Abdul Razak pada tahun 2013.
“Tindak balas negatif terhadap projek tersebut menunjukkan seolah-olah pihak kerajaan tidak cekap dan akan memusnahkan kawasan tersebut,” katanya.
Yeo berkata pelan induk TAED telah diserahkan kepada Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan rundingan awam akan dijalankan tidak lama lagi.
Tambahnya, Penilaian Kesan-Kesan Alam Sekitar Khas (SEIA) juga telah diserahkan kepada Jabatan Alam Sekitar untuk kelulusan dan orang awam boleh memberi maklum balas melalui jabatan tersebut.
Selain itu, Yeo berkata pihaknya akan mengambil beberapa pendekatan bagi mengurangkan kesan pembangunan itu terhadap tumbuh-tumbuhan semulajadi yang terdapat di kawasan berkenaan.
“Kami (DBKK) akan bekerjasama dengan Jabatan Perhutanan Sabah untuk menanam lebih banyak pokok,”katanya sambil menambah hanya pokok-pokok asli Sabah akan ditanam di sekitar kawasan pembangunan itu.
Tegasnya, pantai tersebut akan kekal dibuka kepada orang ramai dengan kawasan pantai yang lebih luas dan panjang.
“Saiz taman baharu itu adalah dua kali ganda lebih besar daripada Taman Prince Phillip yang sedia ada dan akan dilengkapi dengan kemudahan rekreasi yang boleh diakses oleh orang ramai,” katanya.
Yeo berkata kritikan tidak matang dan spekulasi bukan sahaja mempersoalkan integriti dan kredibiliti Kerajaan Negeri tetapi ramai pakar yang terkenal dalam pelbagai bidang yang terlibat dalam projek itu.
Dalam masa sama, tambahnya, projek berkenaan dijangka memberi manfaat kepada masyarakat setempat termasuk peluang pekerjaan, kemudahan pelancongan yang lebih baik dan juga kemudahan rekreasi yang lebih baik. -SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan