Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kritikan bawa maut

SATHIT (duduk) ditenangkan polis dalam satu sidang akhbar semalam.
SATHIT (duduk) ditenangkan polis dalam satu sidang akhbar semalam.

Bangkok: Seorang pemandu bas mengaku menembak mati penumpangnya selepas berang kerana lelaki itu sering mengkritik cara pemanduannya.

Sathit Jumthong, 40, menembak mati Sophon Jiarapakanont, 55, di dalam bas yang dipandunya pada 17 Julai lalu sebelum melarikan diri.

Lelaki itu akhirnya menyerah diri kepada polis semalam dan mengaku menembak mati Sophon kerana mangsa selalu mengkritik cara pemanduannya.

Saksi memberitahu polis, Sathit berjalan ke arah Sophon yang sedang tidur di tempat duduknya sebelum menembak mangsa dari jarak dekat.

Sathit kemudiannya meminta maaf kepada penumpang lain dan memberitahu tindakan itu bersifat peribadi sebelum dia melarikan diri dengan sebuah teksi.

Sophon mati di tempat kejadian akibat cedera parah selepas terkena tembakan di dada dan lehernya.

Sathit memberitahu polis, dia menembak Sophon kerana lelaki itu sering mengkritik cara pemanduannya setiap kali menaiki bas berkenaan.

“Sophon pernah menegur saya kerana membunyikan hon dengan kuat ketika bas melintasi seorang wanita.

“Dia juga menegur saya kerana membawa isteri dan anak saya di dalam bas,” katanya.

Katanya, lelaki itu turut menghinanya dan ibu bapanya menyebabkan dia hilang sabar.

Menurutnya, dia melarikan diri dengan bersembunyi di rumah saudaranya tetapi akhirnya menyerah diri kerana tertekan dan kehabisan wang.

Sathit ditahan untuk siasatan lanjut dan didakwa di mahkamah kerana membunuh.- Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan