Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kritik guna Usman Harun

KRI Usman Harun
KRI Usman Harun

Singapura: Media Singapura mengkritik Jakarta kerana mengerahkan sebuah kapal perang tentera laut negara itu yang menimbulkan kontroversi untuk menyertai operasi mencari mangsa kemalangan pesawat udara AirAsia QZ8501.

Menurut Channel NewsAsia, Tentera Laut Indonesia akhirnya menggunakan khidmat KRI Usman Harun bersama KRI Banda Aceh dan KRI Bung Tomo mencari bangkap QZ8501.

Rangkaian itu mempertikaikan penggunaan KRI Usman Harun berlayar kerana kapal perang itu tidak disenangi kerana menggunakan nama dua tentera laut yang disabitkan kesalahan mengebom Singapura pada 1960-an.

Walaupun mengakui kemampuan KRI Usman Harun melakukan operasi mencari di bawah air, Channel NewsAsia berkata, ia pernah menyebabkan berlaku ketegangan diplomatik antara Singapura – Jakarta.

KRI Usman Harun dinamakan sempena dua anggota tentera Indonesia yang meletupkan bom di MacDonald’s House Singapura iaitu Usman Mohamed Ali dan Harun Said.

Insiden itu menyebabkan tiga kematian dan 33 yang lain cedera.

Usman dan Harun kemudian dihukum mati selepas dibicarakan.

Kedua-dua mereka digantung pada 1968.

Sehingga semalam media melaporkan, sebanyak 27 kapal terbabit dalam operasi berkenaan.-Agensi

Komen


Berita Berkaitan