Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,666

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kriteria penerima bantual awal persekolahan diperketatkan

7:48pm 06/03/2016 Elezebeth Esther Onjining 37 views Tempatan
Kenangan... Alex (tengah) bergambar bersama Hjh. Salmiah (ketiga dari kanan), para guru SMK Tansau serta dif- dif jemputan sempena majlis pengagihan bantuan awal persekolahan di SMK Tansau, disini, semalam.

Kenangan… Alex (tengah) bergambar bersama Hjh. Salmiah (ketiga dari kanan), para guru SMK Tansau serta dif- dif jemputan sempena majlis pengagihan bantuan awal persekolahan di SMK Tansau, disini, semalam.

PUTATAN- Kriteria bagi penerima bantuan awal persekolahan diperketatkan untuk memastikan hanya pelajar yang layak sahaja untuk menerima bantuan tersebut, kata Ahli Parlimen Putatan, Datuk Marcus Mojingoh.

Beliau berkata agihan bantuan awal persekolahan pada tahun ini diperketatkan pemberiannya memandangkan situasi ekonomi yang kurang baik.

“Kriteria yang ditetapkan untuk menerima bantuan bukan segaja diada- adakan tetapi bertujuan untuk memastikan tidak berlakunya penipuan atau pemalsuan jumlah pendapatan sebenar ibubapa pelajar,” katanya.

Teks ucapan beliau di baca oleh Pegawai Perhubungan Parlimen Putatan, Alex Among sempena majlis pengagihan bantuan awal persekolahan dan mesyuarat agung PIBG di SMK Tansau, disini, semalam.

Katanya, para pelajar yang mana ibu bapa mereka berpendapatan RM 3,000 dan ke atas dan mempunyai slip gaji tetap tidak layak untuk menerima bantuan tersebut.

Manakala, ibu bapa yang tidak mempunyai slip gaji pula, mereka perlu mendapatkan surat pengesahan pendapatan daripada ketua kampung bagi melayakkan anak- anak mereka mendapatkan bantuan, ujar beliau.

Di samping itu, hanya seramai 1,314 daripada 1,927 orang pelajar sekolah tersebut yang layak menerima bantuan awal persekolahan pada tahun ini.

“Kita boleh bayangkan betapa sukarnya pihak sekolah terutamanya guru- guru untuk mendapatkan maklumat serta dokumen pengesahan pendapatan ibu bapa dan penjaga agar hanya mereka yang terpilih sahaja layak menerima selepas tapisan dan juga mengelakkan mereka yang layak tercicir daripada senarai penerima,” katanya.

Hadir sama, Pegawai Pendidikan Daerah Penampang, Mojuntin Ebin, Yang Dipertua PIBG SMK Tansau, Penampang, Ismail Yusop, Pengetua Cemerlang SMK Tansau, Hjh Salmiah Hj. Samaie dan Ketua Jualan Negeri Bank Simpanan Nasional (BSN), Roslan Samsuddin. Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan