Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

‘Krismas Gaya’ semakin terkenal dalam kalangan masyarakat kota

Suasana ketika majlis pelancaran Karnival Krismas Gaya-Gambar Oleh Jimmy Tan
Suasana ketika majlis pelancaran Karnival Krismas Gaya-Gambar Oleh Jimmy Tan

KOTA KINABALU: Sambutan Krismas Gaya yang telah diadakan sejak tahun 2005 semakin berkembang dan terkenal dalam kalangan warga kota dan penduduk di daerah-daerah yang berdekatan.

Menurut Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Abidin Madingkir, penganjuran sambutan ini mampu menghidupkan dan menyerikan lagi suasana di Bandaraya Kota Kinabalu.

“Program seperti ini merupkan salah satu program tahunan di bandaraya Kota Kinabalu termasuklah Karnival Tahun Baru Cina, Karnival Kaamatan dan Bazar Ramadan,”katanya.

Tambah beliau, usaha akan diteruskan bagi mengadakan program seumpama ini bagi menonjolkan seni, budaya dan cara hidup masyarakat majmuk di negeri ini.

Sambutan tersebut yang dianjurkan oleh gabungan semua dinominasi gereja di Sabah mendapat sambutan lebih dari 10,000 pengunjung bagi edisi yang lalu. –Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Komen


Berita Berkaitan