Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,725

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kraftangan Rungus dipamerkan di WTM London

8:28pm 05/11/2016 Elezebeth Esther Onjining 125 views Kota Kinabalu,Tempatan
 WAKIL NEGARA….Jelani (empat dari kiri) bersama Sherone (tiga dari kiri), Prisca (dua dari kiri), Lusilah (kiri), Nailiga (dua dari kanan) dan Edwined (kanan) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) sebelum berlepas ke London bagi mewakili Malaysia ke World Travel Market (WTM) London 2016 yang akan diadakan di ExCel London Contemporary Events & Convention Centre pada 7 hingga 9 November 2016.


WAKIL NEGARA….Jelani (empat dari kiri) bersama Sherone (tiga dari kiri), Prisca (dua dari kiri), Lusilah (kiri), Nailiga (dua dari kanan) dan Edwined (kanan) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) sebelum berlepas ke London bagi mewakili Malaysia ke World Travel Market (WTM) London 2016 yang akan diadakan di ExCel London Contemporary Events & Convention Centre pada 7 hingga 9 November 2016.

KOTA KINABALU- Seramai lapan orang termasuk Johan Gimpuhut Momogun Rungus (GMR), Pesta Magahau 2016 akan mewakili Malaysia ke World Travel Market (WTM) di London yang bakal berlangsung bermula 7 hingga 9 November ini.

Presiden SAMORA merangkap Adun Matunggong, Dato’ Jelani Hamdan, pihaknya telah dijemput oleh Kementerian Pelancongan Malaysia untuk bersama-sama menjayakan pameran sempena WTM London 2016.

“Antara hasil kraftangan Rungus yang akan diketengah dan dipamerkan ialah Ringo, Gong, manik-manik dan lain-lain. Ini merupakan peluang keemasan bagi produk kraftangan Rungus menembusi pasaran antarabangsa.

” Sebelum ini di Berlin, kami telah membuat aktiviti promosi pakaian dan tarian suku kaum rungus. Justeru itu, pada kali ini, pihak kami ingin beralah ke fasa pemasaran pula,” katanya kepada pemberita dalam satu sidang media, dekat sini, hari ini.

Menurutnya, kesemua wakil SAMORA itu akan mempamerkan kemahiran mereka masing- masing di WTM London 2016.

“MGM akan mempamerkan kemahiran dan skill mereka dalam membuat bakul / Rinago tradisi, menenun pakaian tradisi Rungus dan lain-lain secara ‘LIVE’ di WTM London”, tambahnya.

Jelani berharap menerusi WTM London, kraftangan Rungus dapat menembusi pasaran Eropah (Europe) menerusi jalinan kerjasama (joint venture) dengan pihak yang berminat.

Hadir sama, Johan Gimpuhut Momogun Rungus merangkap Duta Pelancongan Matunggong dan Ketua Rombongan, Sherone Wong Wan Fung, Naib Johan Gimpuhut Momogun Rungus, Prisca Junai,
Lusilah Retni Lim, Mangan Ratu Pesta Gong 2015 dan pakar tenunan pakaian suku kaum Rungus, Nailiga Parasin. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan