Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

KPSKTM tekad bantu tingkatkan kemahiran Kontraktor bumiputera

Siringan sedang menyampaikan ucapan
Siringan sedang menyampaikan ucapan

KOTA KINABALU- Sebanyak 34 kursus kemahiran kontraktor dan lima seminar pematuhan kontraktor akan dianjurkan pada tahun ini bagi meningkatkan kemahiran teknikal usahawan dan kontraktor bumiputera.

Menteri pembangunan Sumbar dan Kemajuan Teknologi Maklumat negeri, Datuk Siringan Gubat berkata, program itu dilaksanakan selaras dengan strategi untuk membantu menaikkan pemilikan ekuiti bumiputera kepada 30 peratus.

“Setakat ini ia telah mencapai 22 peratus. Justeru, dalam usaha melahirkan modal insan yang holistik iaitu selaras dengan tanggungjawab dan peranan kementerian ini, kita perlu menyediakan peluang-peluang pendidikan dan latihan kemahiran yang berkualiti,” katanya ketika berucap dalam Majlis Ucapan Amanat Menteri, di sini hari ini.

Tambahnya, kursus yang dianggap sudah lapuk boleh diganti dengan kursus-kursus baharu mengikut keperluan dan pasaran kerja masa kini disamping perkerja yang berkemahiran tinggi itu membantu pembangunan negara.

Beliau turut mengesa agar semua agensi di bawah kementeriannya agar berkongsi maklumat mengenai setiap projek atau aktiviti yang akan dilaksanakan.

Katanya, sebagai sebuah agensi yang sentiasa berdepan dengan pelanggan, adalah diharapkan warga kementerian dan agensi dibawahnya berfikir di luar jangkauan kebiasaan bagi memastikan pelangan merasa seronok berurusan dengan kerajaan.- oleh Dewiana Tinggolongon / Sayangsabah.

Komen


Berita Berkaitan