Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

KPSKTM anjur majlis bersama media

7:59pm 16/02/2016 Elezebeth Esther Onjining 22 views Tempatan
Siringan (tengah) bersama dif- dif jemputan yang lain menggaul 'Yee Sang'

Siringan (tengah) bersama dif- dif jemputan yang lain menggaul ‘Yee Sang’

KOTA KINABALU- Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat (KPSKTM) anjur sebuah majlis bersama pengamal media sempena perayaan Tahun Baharu Cina 2016, di Hyatt Regency Hotel, semalam.

Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat, Datuk Siringan Gubat berkata penganjuran majlis tersebut merupakan tanda ucapan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak media yang sentiasa menyokong padu dan memberikan kerjasama kepada pihak kementerian tersebut.

“Tanpa penglibatan daripada pengamal media, masyarakat umum tidak akan tahu di mana mereka boleh berurusan jika ia berkaitan dengan kursus atau latihan, pengiktirafan status bumiputera, maklumat pekerjaan, pembinaan pusat e-desa mahupun tentang teknologi maklumat,”katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam majlis malam media bersama menteri sempena tahun baharu cina 2016.

Katanya, paparan maklumat oleh para media tentang program berkaitan pembangunan modal insan mahupun ICT yang dikendalikan oleh Kementerian ini telah banyak membantu mewar-warkan peranan dan fungsi Kementerian itu.

Disamping itu, beliau berharap agar majlis tersebut dapat mengeratkan lagi hubungan kerjasama dan persefahaman di antara kementerian tersebut dengan para pengamal media.

Turut hadir, isteri Menteri KPSKTM, Datin Rozalind Gubat
Setiausaha Tetap KPSKTM, Datuk Bruno Vun dan isteri, Datin Annie Vun, Presiden Kota Kinabalu Journalists Association(KKJA), YOng Ted Phen, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Media dan Komunikasi Koperat Jabatan Penerangan Negeri Sabah, Azman Sipan.- Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan