Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

KPSB NAFI LANTIK WAKIL KUTIP YURAN KEAHLIAN

Datuk Sumanto @ Awang Ahmad (duduk tengah) dan Setiausaha Penaja KPSB, Leftenan Muda Maritim (B) Awil Kamsari  bersama dengan ahli jawatankuasa penaja KPSB semasa sidang media tersebut. Gambar SNT/Zakaria Damit

Kota Kinabalu: Koperasi Perwira Sabah Berhad (KPSB) tidak pernah melantik mana-mana individu atau pihak tertentu untuk mengutip sebarang bayaran untuk keahlian koperasi berkenaan.

Pengerusi Penaja KPSB, Datuk [email protected] Ahmad berkata, KPSB dalam peringkat penaja menafikan ada melantik pihak tertentu untuk mengutip yuran keahlian dengan cara mengadakan jelajah di daerah-daerah di Sabah dengan menjaja nama koperasi.

“Saya mendapat tahu perkara ini sebulan yang lalu dan perbuatan individu ini bercanggah dengan akta Suruhjaya Koperasi Malaysia (SKM) kerana kita tidak boleh membuat sebarang kutipan bayaran selagi sijil koperasi belum dikeluarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

“Oleh itu, saya menafikan sekeras-kerasnya yang pihak kami ada melantik mana-mana pihak ataupun wakil bagi membuat sebarang kutipan untuk koperasi,” katanya kepada Media, di sini kelmarin.

Hadir sama, Setiausaha Penaja KPSB, Leftenan Muda Maritim (B) Awil Kamsari dan Bendahari Penaja, Dr Azlina Ekat.

Sehubungan itu, Sumanto berkata, satu laporan polis sudah dibuat pada 30 Ogos lalu di Balai Polis Karamunsing bagi siasatan dilakukan oleh individu yang tidak bertanggangjawab mengutip bayaran kepada bakal ahli koperasi.

“Individu ini mengutip wang dipercayai untuk kepentingan peribadi semata-mata sehingga menjejaskan nama baik koperasi.

“Oleh itu, saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang kepada individu ini sekiranya perkara ini masih berlaku. Saya juga menasihati semua bakal ahli koperasi supaya berwaspada dengan individu yang tidak bertanggungjawab.

“Segala pertanyaan dan permasalahan supaya terus berhubung dengan saya sendiri selaku pengerusi penaja di talian 016-2244420 atau boleh menghubungi Awil di talian 013-8515137,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, KPSB yang ditubuhkan pada Julai lalu bukan sahaja memfokuskan pembangunan rakyat tetapi juga pembasmian kemiskinan semua bakal ahli koperasi di negeri ini.

“Orang ramai yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai KPSB digalakan berurusan dengan orang yang diberi amanah bagi mengelak perkara sedemikian berulang,” katanya.-SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan