Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

KPPKSB sedia bantu pesara kerajaan Sabah

Datuk Wilfred Lingham sedang memegang kad pesara
Datuk Wilfred Lingham sedang memegang kad pesara

KOTA KINABALU- Pesara kerajaan Sabah digesa untuk membuat permohonan untuk menjadi ahli Koperasi Persatuan Pesara kerajaan Sabah Berhad (KPPKSB) yang bersedia membantu menjana ekonomi para pesara.

Presiden Persatuan Pesara Kerajaan Sabah, Datuk Wilfred Lingham berkata, KPPKSB sedia membantu untuk mengekalkan dan membela kebajikan dan kesejahteraan pesara kerajaan di negeri ini.

“Kebanyakan pesara kerajaan apabila bersara mereka akan kembali ke kampung mengusahakan tanah masing-masing, ada pula yang berkerja sebagai pemandu bas dan sebagainya dan pendapatan mereka tidak menentu” katanya kepada pemberita, di sini, kelmarin.

Menurut beliau pelbagai manfaat yang diperolehi oleh pesara sekiranya menyertai persatuan tersebut. Antaranya ahli akan dibantu berkecimpung dalam bidang perniagaan, perusahaan dan pelaburan.

Katanya, pesara kerajaan hanya mendapat wang pencen sebanyak 60 peratus daripada gaji bulanan dan semestinya tidak mencukupi perbelanjaan bulanan mereka.

“Melihat masalah ini KPPKSB mengambil inisiatif untuk membantu para pesara untuk berhadapan dengan ketidakstabilan ekonomi,” katanya.

Wilfred berkata, pelbagai program yang dianjurkan oleh KPPKSB antaranya “Hidupkan pendengaran Anda” iaitu program untuk membantu golongan pesara yang mengalami masalah itu.

Tambahnya, pesara yang menjadi seorang ahli hanya perlu mengisi borang keahlian dan membayar sebanyak RM100.- oleh Dewiana Tinggolongon / SayangSabah.

Komen


Berita Berkaitan