Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

KPM tambah dana setiap tahun kepada Sabah, 374 sekolah terima EKMLTK

Ketibaan Muhyiddin (tengah) diiringi oleh Musa disambut meriah peserta majlis perjumaa khas dengan warga institusi pendidikan di Sabah, bertempat di Kompleks Dewan Kuliah Pusat Kedua UMS. - pix JKM
Ketibaan Muhyiddin (tengah) diiringi oleh Musa disambut meriah peserta majlis perjumaa khas dengan warga institusi pendidikan di Sabah, bertempat di Kompleks Dewan Kuliah Pusat Kedua UMS. – pix JKM

KOTA KINABALU – Kementerian Pendidikan memperuntukan sebanyak RM5.28 juta di bawah Belanja Mengurus kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah bagi kerja-kerja penyelenggaraan institusi pendidikan dan kuaters guru di negeri ini pada tahun lalu.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, langkah itu bertujuan menyelesaikan isu penyelenggaraan kuaters yang kurang memuaskan di Sabah, sekaligus menambahbaik keperluan guru-guru di kawasan pedalaman.

“Kebajikan guru-guru yang berkhidmat dengan penuh setia serta ikhlas terutama di kawasan-kawasan pedalaman tidak pernah dipandang ringan oleh Kementerian Pendidikan, sebaliknya sentiasa merancang untuk menambahbaik keperluan guru di kawasan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis perjumpaan khas bersama warga Institusi Pendidikan di Negeri Sabah di Kompleks Dewan Kuliah Pusat Kedua Universiti Malaysia Sabah (UMS) di sini hari ini.

Majlis itu turut dihadiri, Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman; Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Sukarti Wakiman; Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri merangkap Exco Pendidikan Negeri, Datuk Masidi Manjun dan Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Mary Yap Kain Ching serta Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Mohd. Harun Abdullah.

Muhyiddin berkata, kebajikan semua pegawai perkhidmatan pendidikan (PPP) dan anggota kumpulan pelaksanan (AKP) di bawah Kementerian Pendidikan terutama yang berkhidmat di sekolah pedalaman sentiasa diambil berat.

Sebagai contoh, kata beliau, sejak 2007, sebanyak 872 PPP dan AKP di sekolah di Semenanjung, Sabah dan Sarawak telah menerima elaun khas mengikut lokasi dan tahap kesusahan (EKMLTK).

Menurutnya, daripada jumlah itu, sebanyak 374 sekolah atau 42 peratus daripada jumlah sekolah tersebut merupakan sekolah di negeri ini.

“Secara keseluruhan, hasil semakan elain khas mengikut lokasi dan tahap kesusahan pada 2013 hingga 2014, mendapati sebanyak 372 buah sekolah di Sabah layak menerima elaun tersebut. Kalau kita lihat dari jumlah peruntukan pula, berbanding RM166 juta untuk elaun ini pada 2014, kita telah membuat pertambahan sebanyak RM20.8 juta.

“Dan, pada tahun ini, pembayaran elaun ini adalah berjumlah RM186.8 juta. Ini bermakna terdapat peruntukan kewangan tambahan sebanyak RM20.86 juta. Daripada jumlah ini, sebanyak RM63.3 juta telah diperuntukan bagi pembayaran elaun khas ini di Sabah pada 2014 dan jumlah ini ditambah pagi pada tahun ini iaitu sebanyak RM72.9 juta.

“Bermakna, peruntukan tambahan bagi pembayaran elaun khas ini bagi sekolah-sekolah di Sabah adalah sebanyak RM9.6 juta,” ujarnya. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan