Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

KPM henti dana kewangan beberapa sekolah tak hantar laporan kewangan  

mary

TAWAU – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak akan mempertimbang peruntukan kewangan kepada sekolah yang gagal menghantar laporan bulanan berkaitan kedudukan kewangan mereka.

Sehubungan itu Timbalan Menteri Pendidikan Satu, Datuk Mary Yap Kain Ching, menggesa semua sekolah yang terlibat menghantar laporan berkenaan untuk kelayakan permohonan pada tahun berikutnya.

“KPM sudah memutuskan bahawa sekolah yang tidak menghantar laporan tidak lagi layak memohon peruntukkan dan peraturan ini sudah dilaksana sejak tahun 2014,” katanya ketika berucap dalam majlis pecah tanah bagi pembinaan Dewan SJK (c) Kung Ming di sini hari ini.

Menurutnya, beberapa buah sekolah telah dikesan tidak menghantar laporan bulanan perkembangan peruntukan kewangan itu sehingga KPM memutuskan untuk menghentikan bantuan tersebut pada tahun lepas.

“Saya pernah menjadi pengetua dan saya tahu bahawa sekolah amat memerlukan peruntukkan untuk tujuan pembangunan sekolah yang lebih baik,” ujarnya sambil menggesa sekolah jenis kebangsaan memohon peruntukkan kewangan yang telah diumum dalam bajet yang telah dibentang oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Razak sebanyak RM50 juta.

Dalam pada itu, katanya, pembinaan dewan berkenaan yang menelan belanja RM2.5 juta hasil sumbangan dana syarikat Segalong Group, dijangka siap dalam tempoh 12 bulan. – oleh Masani Sandan / SayangSabah

 

Mary Yap (tengah) menyiram pokok sebagai simbolik Majlis Pecah Tanah Pembinaan Dewan SJK (c) Kung Ming.  - foto Masani Sandan
Mary Yap (tengah) menyiram pokok sebagai simbolik Majlis Pecah Tanah Pembinaan Dewan SJK (c) Kung Ming. – foto Masani Sandan

Komen


Berita Berkaitan