Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,792

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

KPM disaran membuat kajian terperinci

8:49pm 16/01/2016 Ann Vivien 7 views Pendidikan,Tempatan
 Yazid...kajian terperinci sebelum format UPSR diubah.

Yazid…kajian terperinci sebelum format UPSR diubah.

KENINGAU: Pengerusi  Biro Pendidikan Umno Bahagian Keningau Yazid Mohd Hasnan Tawik menggesa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membuat kajian terperinci sebelum melaksanakan cadangan pentaksiran berasaskan sekolah (PBS). Ujian Pencapain Sekolah Rendah (UPSR).

Katanya, KPM  juga perlu mendapat pandangan dari pelbagai pihak seperti guru guru, ibubapa dan orang orang yang berkepentingan sebelum melaksanakan sistem baharu ini.

“Kementerian juga perlu melihat kepada kekuatan yang ada di sekolah  contohnya kesesediaan guru, kemudahan yang ada yang memboleh sistem itu tidak menjejaskn perjalanan pentafsiran tersebut” katanya mengulas pengubahsuaian format UPSR kepada  pentaksiran berasaskan sekolah (PBS).

Yazid yang juga Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Keningau dan Yang Dipertuan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Kolej Vokasional di sini berkata, lebih penting lagi integriti pengendalian sistem tersebut kerana 40 peratus adalah markah yang diberikan pihak guru guru di sekolah manakala 60 peratus peperiksaan berpusat.

Walau bagaimanapun katanya, ia perlu kajian yang lebih terperinci dalam segala sudut sebelum ia dilaksanakan dan sekiranya semua ini dapat diselesaikan dengan berkesan oleh KPM, ada kewajaran sistem ini boleh diguna pakai” jelasnya. – Oleh Kalawon Sawing/Sayangsabah

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan