Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,687

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

KPM Digesa Tubuh J/kuasa Khas Siasat Keperluan Sekolah Di Sabah, Sarawak

11:30pm 15/03/2016 Pak Roshan 177 views Mutakhir,Nasional

ghapurr

KUALA LUMPUR : Kesal dengan isu keperluan sekolah di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak yang disifat sering diabaikan, seorang Anggota Parlimen hari ini menggesa Kementerian Pendidikan segera mewujudkan jawatankuasa khas untuk menyiasat dan menangani isu berkenaan.

Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan) berkata jawatankuasa itu seharusnya meneliti sebaik-baiknya keperluan sekolah di kawasan berkenaan agar tidak timbul lagi isu sekolah terabai atau daif.

“Kita tidak mahu peruntukan diberi secara rambang…jawatankuasa harus teliti keperluan di semua sekolah termasuk asrama dan rumah guru.

“Saya mahu pucuk pimpinan mengambil perhatian isu ini…jangan hanya masa pilihan raya baru semua turun sana sini untuk bagi peruntukan,” hujahnya.

Abdul Ghapur berkata tindakan segera itu perlu sekiranya kerajaan serius untuk merapatkan jurang pendidikan di negara ini dan memastikan semua sekolah di negara ini mendapat layanan sama rata.

“Apatah lagi dalam masa empat tahun lagi kita akan sampai tahun 2020, tetapi macam mana kalau masih ada sekolah yang dalam keadaan daif,” katanya.

Beliau turut mencadangkan jawatankuasa Parlimen diwujudkan bagi memastikan penekanan berterusan diberi kepada jawatankuasa di peringkat kementerian untuk menangani isu berkenaan.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan