Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,634

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

KPKT Rangka Tindakan Terhadap Penyewa Salah Guna Kemudahan PPR Di Seluruh Negara

10:17am 23/01/2016 Pak Roshan 163 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan

PPRT

SEMPORNA : Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah merangka tindakan bersesuaian untuk diambil terhadap penyewa yang menyalahgunakan kemudahan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di seluruh negara.

Ketua Setiausahanya Datuk Mohammad Mentek berkata, antara tindakan yang akan dilaksanakan adalah sekiranya penyewa (penama asal) menyewakan kepada pihak ketiga berstatus warganegara, maka notis sebulan akan diberikan kepada penyewa baru (pihak ketiga) bagi mengosongkan rumah terlibat.

“Tetapi sekiranya penyewa (pihak ketiga) ini seorang warganegara dan layak diberikan kemudahan rumah itu maka kita akan tukarkan penama asal kepada penama baru (pihak ketiga) yang menyewa rumah ini,” katanya kepada pemberita selepas membuat tinjauan di kawasan PPR Bubul Lama di sini, hari ini.

Katanya, notis sebulan untuk mengosongkan rumah terbabit turut diberikan sekiranya kemudahan rumah itu disewakan kepada penyewa warganegara asing yang masuk secara sah.

“Bagi penyewa yang menyewakan kepada pendatang asing tanpa izin (PATI) itu kita akan beri notis 24 jam agar rumah itu dikosongkan dan kita akan terus batalkan perjanjian dengan penyewa asal (penama rumah) itu,” kata Mohammad.

Menurutnya, setiap tahun kerajaan menyediakan peruntukan besar bagi membina PPR di seluruh negara sebagai memberi kemudahan kepada rakyat berpendapatan rendah.

“Pembinaan PPR merupakan hasrat murni kerajaan membantu dan jangan salah guna kemudahan ini kerana lebih ramai yang memerlukan kemudahan tersebut tetapi tidak dapat,” katanya lagi.

Mengulas mengenai tinjauan beliau hari ini, katanya PPR Bubul Lama yang melibatkan pembinaan 832 unit rumah di bawah Rancangan Malaysia Kelapan itu dijangka siap selewatnya hujung tahun ini.

“Projek ini telah lama tergendala ekoran beberapa masalah tidak dapat dielakkan dan kita jangkakan sebahagian daripada rumah ini iaitu kira-kira 400 unit boleh disiapkan dalam bulan Jun dan selebihnya pada bulan Oktober,” katanya

Sementara itu, Anggota Dewan Undangan Negeri Bugaya Datuk Ramlee Marhaban berkata pihaknya berterima kasih kepada kerajaan apabila KPKT meluluskan lagi 1,000 unit rumah di PPR Bugaya.

“Semporna sangat bertuah dengan keprihatinan kerajaan apabila daerah ini tidak ketinggalan dengan pembangunan prasaran termasuk kemudahan PPR dan pasar awam untuk peduduk di sini,” katanya lagi.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan