Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

KPKT MOHON KERAJAAN SABAH SEDIAKAN TANAH

Projek membaik pulih rumah kos rendah kira-kira 1, 000 unit yang terbengkalai di Kiansam, Inanam boleh dijadikan salah satu cara menangani masalah setinggan. – Gambar SNT / Ehsan KPKT

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri diminta menyediakan tanah untuk memudahkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melaksanakan projek pembinaan rumah kos rendah bagi penduduk di kawasan yang ditadbir Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) khususnya di Sepanggar.

Menterinya, Zuraida Kamarudin berkata, langkah menyediakan tapak oleh kerajaan negeri akan membantu mengurangkan kos pembinaan rumah memandangkan pemberian itu diberikan secara percuma kepada KPKT.

“Sebenarnya salah satu dasar yang akan dimasukkan ke dalam Dasar Perumahan Negara yang baharu adalah untuk memastikan kerajaan negeri menyediakan tanah kepada KPKT bagi projek pembangunan rumah kos rendah buat rakyat Sabah.

Zuraida membuat lawatan mengejut ke tapak perumahan di Kiansam tadi. Gambar SNT/Ehsan KPKT

“Kerajaan negeri tidak seharusnya menyerahkan tanggungjawab kepada KPKT untuk mencari dan membeli tanah kerana ia akan kementerian terpaksa menanggung kos projek yang tinggi.

“Oleh itu, menerusi pemberian tanah kepada KPKT, maka pembiayaan rumah kos rendah akan dapat dikurangkan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Sesi Taklimat Setinggan Oleh DBKK, hari ini.

Sesi taklimat itu turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri merangkap Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Azis Jamman dan Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Yeo Boon Hai.

Dalam taklimat itu, Zuraida memberitahu, pihak DBKK mengemukakan beberapa cadangan agar KPKT membina lebih banyak rumah kos rendah di sekitar kawasan bandaraya itu khususnya di Sepanggar bagi mengatasi masalah setinggan.

Ditanya sama ada beliau bersetuju terhadap cadangan yang dikemukakan oleh DBKK dalam taklimat itu, beliau berkata, pihaknya masih belum memuktamadkan konsep perumahan yang dicadangkan itu.

“Tetapi saya tidak menolak bahawa dalam menangani isu ini di Sabah, kita memerlukan pendekatan yang berbeza berbanding di Semenanjung kerana kita mempunyai landskap, kawasan, penduduk dan tumpuan yang sama sekali berbeza.

“Justeru, saya akan bersemuka dengan pihak SHAREDA (Sabag Housing and Real Estates Developer Association) untuk mendapat input mereka mengenai situasi semasa industri perumahan di Sabah,” ujarnya.

Menurutnya, sebanyak 30,000 rumah setinggan dikenal pasti terdapat di sekitar kawasan bandaraya Kota Kinabalu dengan 20,000 rumah terletak di kawasan Sepanggar. – SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan