Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

KPKT mahu kerajaan Sabah pertimbang beri tanah negeri untuk perumahan

KOTA KINABALU, 12 Ogos – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mahu kerajaan negeri Sabah mempertimbangkan untuk memberi tanah milik negeri kepada kementerian bagi membangunkan projek perumahan kos rendah untuk rakyat di Sabah.

Menterinya Zuraida Kamaruddin berkata kementerian berpendapat bahawa kerajaan negeri harus memainkan peranan dan bertanggungjawab untuk menyediakan perumahan kepada rakyat.

“Mereka (kerajaan negeri) tidak seharusnya menyerahkan kepada kementerian untuk mencari dan membeli tanah yang harganya tinggi dan menyerap sebahagian daripada kos perumahan.

“Oleh itu, apabila kerajaan negeri memberi tanah kepada KPKT, kos perumahan dapat dikurangkan kerana tanah pada dasarnya diberikan percuma kepada KPKT,” kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri taklimat oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) mengenai masalah setinggan di bandar, di sini hari uini.

Zuraida juga menyifatkan mekanisme menyewakan rumah kos rendah di Sabah sebagai skim mampan untuk menempatkan setinggan dan idea itu akan dimasukkan dalam Dasar Perumahan Negara kementerian yang dijangka dilancarkan akhir bulan depan.

“Kita sedang memuktamadkan dasar perumahan. Tetapi saya tidak menolak hakikat bahawa untuk Sabah, kita mungkin memerlukan pendekatan dengan cara yang berbeza seperti Sarawak,” kata beliau.

“Ini kerana kita mempunyai landskap yang sama sekali berbeza,” kata beliau sambil menambah bahawa beliau akan bertemu dengan Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sabah (Shareda) untuk mendapatkan input mengenai industri perumahan Sabah.

Sementara itu, Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Yeo Boon Hai berkata ada kira-kira 30,000 rumah setinggan di bandar tu dengan 20,000 daripadanya terdapat di Sepanggar, yang di bawah bidang kuasa DBKK.

Zuraida juga melawat ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang terbengkalai sejak 2009 di Kiansom, Inanam dekat sini dan berpendapat projek itu, yang mengandungi 1,000 unit, dapat dipulihkan.

Turut hadir Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Mohd Azis Jamman, yang juga anggota Parlimen Sepanggar.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan